SK KAMPONG MELAYU KLUANG

Wednesday, 3 October 2012

Kisah 'Dikir Barat' ke Selatan Tanah Air....

Salam...

Pembaca yang dihormati....

Pembelajaran bukan sahaja boleh dijalankan di dalam kelas malah ia juga boleh berlangsung secara tidak formal di luar. Ia bukan sahaja nampak santai namun mampu memberi kesan yang mendalam jika kena dengan caranya...Bak kata orang, " Jika hendak seribu daya, jika tidak seribu dalih".

Ironinya, ini yang berlaku di teratak jqaf SKKM...Pembelajaran bukan terbatas di dalam kelas malah diaplikasikan dalam pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah Seni dalam Bahasa seperti 'Dikir Barat' & Kalam Jamai. Bukan mudah membawa 'Dikir Barat' dari pantai timur ke selatan tanah air. Apa tidaknya, admin sendiri pun angkat tangan sebab tidak berapa faham bagaimana untuk melatihnya ditambah dengan busana songket tenunan melayu yang perlu disediakan untuk si tukang karut & awak2nya. 

Namun, berkat kesungguhan dan jerih payah para pendidik malah jurulatihnya memang 'ori' didatangkan dari pantai timur iaitu Mr Wan Marsharman & pereka busana yang tidak asing lagi di SKKM, Pn Tn Norhayati yang tidak pernah berkira, akhirnya, kumpulan dikir ini dapat ditubuhkan di bawah pimpinan Cik Rawaida & Pn Norain. Alhamdulillah..Barakallah.. Terima kasih yang tidak terhingga buat En Wan Masharman & Pn Tn Norhayati atas sumbangan kalian...Budi kalian akan kami kenang. Wah...part ni yang 'best' nak diceritakan...

Ceritanya bermula begini...

Pihak A: Baiklah...mesyuarat bersetuju memilih SK Kampung Melayu sebagai tuan rumah Mahrajan j-QAF peringkat daerah Kluang...Sebagai tuan rumah anda mesti menyertai setiap acara yang dipertandingkan.

Pn Penyelaras: What???... (Mm.. tak adalah jawapannya macam tu..hihi)-
 Jawapan sebenar: Baiklah ustaz, kami akan cuba buat yang terbaik..;)

Pada hari tersebut, Pn Penyelaras pun pulang ke sekolah dengan pelbagai perasaan dan mula menyampaikan hajat besar itu di dalam mesyuarat. Wah... apalagi, bermulalah ribut taufan disertai dengan petir...haha...mana taknya dah lama rasanya tak menghantar penyertaan bagi setiap acara. Proses penyediaan tempat pun bermula seiring dengan latihan pertandingan. Pn Fatimah Wahid (klik sini...utk blog) yang diamanahkan sebagai ketua bagi dewan utama bertungkus lumus bersama ajk beliau menyediakan dewan sebaik mungkin. Terbaikkkkla Kak Timah...memang superb sentuhan akak...syukran jazilan...

Hari ke hari pemilihan dibuat oleh panel guru yang telah dipertanggungjawabkan sehingga terbentuk dua kumpulan iaitu An- Nisa' untuk Kalam Jamaie & untuk Dikir Barat...oops... admin terlupalah pula...Maaf ye rakan-rakan..Dua bulan diambil untuk berlatih & akhirnya masa yang ditunggu kunjung tiba..Bertindak sebagai tuan rumah memang mengharukan. Pelbagai ragam AJK memang betul2 mencabar minda & keimanan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Baiklah jom kita lihat gambar di sepanjang pertandingan.



Kalam Jamai' an-Nisa'

Alhamdulillah muncul johan dikir barat peringkat daerah Kluang



Ini pula senario ketika pasukan dikir barat j-QAF SKKM mewakili daerah Kluang ke peringkat negeri di Johor Bahru.



Bersama guru pengiring- Cik Rawaida & Pn Norain

ha..gambar ni da Pn Penyelaras - Pn Aminah...zoom in ckitlah


Walaupun, kali ini mereka kurang bernasib baik namun semangat dikir ini masih membara di sekolah. Ini terbukti apabila lagu dikir ini masih lagi dinyanyikan di sekolah oleh murid2 lain walaupun ada diantara penggemarnya belum boleh membaca...Wah demam dikir Bahasa Arab dah melanda...kalah Gangnam Style..hehe... 

Di sini, pihak j-QAF SKKM juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ajk & warga SKKM yang terlibat dalam menjayakan Mahrajan j-QAF Daerah Kluang 2012...Syukran Jazilan 'alaikum...

Baiklah, sekian dulu daripada admin dan selamat maju jaya dalam mendidik anak bangsa...'Man Jadda Wajadda'...

No comments:

Post a Comment